Umrah Ziarah BaitulMaqdis May 2012

Posted on Updated on

HARI 1 KUALA LUMPUR – AMMAN
Berkumpul jam 5 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan peserta akan berlepas ke Amman Jordan pada jam 10.30 malam.
HARI 2 AMMAN – BAITULMAQDIS
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Amman, Jordan, peserta disambut oleh wakil kami dan selepas sarapan peserta di bawa melintasi jambatan Raha Hussein untuk ke Baitulmaqdis (Jerusalem). Nikmati pemandangan Baitulmaqdis dari Bukit Zaitun (Mount of Olives). Peserta masih dapat melihat tembok batu mengelilingi Baitulmaqdis yang telah dibina oleh Sultan Sulaiman 500 tahun dahulu. Kemudian melawat Masjidil Aqsa dan sembahyang Maghrib dan Isya’ di sana. Bermalam di Baitulmaqdis

.
HARI 3 BAITULMAQDIS – HEBRON – AMMAN
Selepas sarapan, bertolak ke Bandar Hebron, kemudian melawat Masjid Ibrahimi dan Makam Nabi Ibrahim. Bertolak masuk ke kawasan Masjidil Aqsa dan Dome of the Rock, masjid ketiga suci bagi orang Islam selepas Mekah dan Madinah. Selepas solat, melawat sekitar 144 kubah di kawasan Masjidil Aqsa. Selepas itu, peserta ke Pasar Lama Baitulmaqdis. Selepas itu, melawat ke Ancient Roman Street yang juga dikenali sebagai “Cardo”. , selepas itu peserta di bawa merentasi gurun Judean untuk ke Makam Nabi Musa dan selepas itu terus ke sempadan Jordan Terus ke Amman daftar masuk hotel dan makan malam. Seterusnya, aktiviti bebas.
HARI 4 AMMAN
Selepas sarapan peserta melawat Laut Mati, dan ke Gua Ashabul Kahfi. Selepas makan tengahari, dibawa bersiar-siar sekitar Bandaraya Amman. selepas itu ke airport untuk berlepas ke Jeddah.
HARI 5 AMMAN – JEDDAH – MADINAH
Setelah tiba dari Amman,di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah (KAA), para jemaah dibawa terus ke Madinah dan daftar masuk hotel makan malam serta aktiviti bebas.
HARI 6 MADINAH
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa menziarahi maqam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a dan seterusnya Perkuburan Baqi.

HARI 7 MADINAH
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kota Madinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Kilang Percetakan al Quran seterusnya ke pasar kurma.
HARI 8 MADINAH – MAKKAH
Selepas makan tengah hari pakai pakaian ihram di bilik penginapan kemudian berangkat ke Makkah al Mukarramah. Dalam perjalanan singgah di Masjid Bir Ali untuk solat sunat ihram dan bermiqat umrah. Sampai di Makkah naik ke bilik masing-masing. Sejam kemudian jemaah akan dibawa ke Baitullah untuk mengerjakan umrah.
HARI 9 MAKKAH
Aktiviti bebas
HARI 10 MAKKAH
Selepas sarapan, para jemaah akan dibawa menziarahi Jabal Thur, Padang Arafah Jabal Rahmah, Nameirah, Mina Jamarat Muzdalifah, Jabal Noor dan seterusnya bermiqat di Jaranah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa ihram semasa ziarah.
HARI 11 MAKKAH
Aktiviti bebas
HARI 12 MAKKAH
Aktiviti bebas
HARI 13 MAKKAH
Aktiviti bebas
HARI 14 JEDDAH-AMMAN-KUALA LUMPUR
Selepas solat zohor/asar,jemaah diminta mengerjakan Tawaf Wida’ dan selepas makan tengahari jemaah dibawa melawat ke Bandar Jeddah seperti Persisiran Laut Merah, Masjid Baghdadiah (Masjid Qisas),Plaza Qurnish, Makam Siti Hawa dan Masjid Terapung kemudian terus ke lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah untuk penerbangan ke Amman, Jordan kemudian pulang ke tanah air.

* Itinerary, tarikh penerbangan, dan harga adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
HOTEL DI MADINAH – AL HARAM HOTEL 4*
HOTEL DI MAKKAH  – DAR UMMU HANI 4*

Harga Pakej Termasuk
Tiket Penerbangan Pergi Balik Makan Minum 3 x sepanjang Pakej Visa Umrah Berat Timbangan 20 kg Hotel Penginapan Pengangkutan Bas seperti dalam jadual.
Harga Pakej Dari RM 8550.00

Masih ada 15 seat kekosongan. hubungi pihak kami segera. di talian 013-2653280

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s