PAKEJ KE TIGA KOTA SEJARAH UMMAT ISLAM

Posted on Updated on

PAKEJ KE TIGA KOTA SEJARAH UMMAT ISLAM

ZIARAH CAIRO /BAITULMAQDIS & AMMAN(PETRA) 2013  

HARI 01-02 : KUALA LUMPUR / CAIRO

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke CairoMeneruskan penerbangan ke Cairo. Setiba di Cairo, peserta akan disambut oleh wakil kami. Setelah urusan imigresen dan bagasi selesai para jemaah akan di bawa melawat ke Muzium Negara / Kilang Kristal. Selesai lawatan daftar masuk hotel dan berehat.

 HARI 03 : CAIRO

Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa melawat ke 9 buah Pyramid (antara yang terbesar di Mesir) / Sphinx / Kedai Minyak Wangi / Kedai Papyrus / Masjid Al-Azhar / Masjid Saidina Hussain / Membeli-belah di Bazar Khan Khalili / Menaiki bot menyusuri Sungai Nil.

Selesai lawatan balik ke hotel.

 HARI 04 : CAIRO / ISKANDARIAH

Selepas sarapan pagi, para jemaah akan di bawa ke Bandaraya Iskandariah yang terletak di persisiran Laut Madetaranean. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam dan di sana para jemaah akan melawat : Maqam nabi Daniel / Maqam Lukman Al-Hakim / Kebun Bunga Montaza / Istana Raja Farouk / Kubu Pertahanan Sultan Qaitbey / Maqam Imam Al-Busiri.

Selesai lawatan, balik ke Kaherah.

 HARI 05 – 06 : CAIRO / SINAI

Selepas sarapan pagi, peserta akan bertolak ke Semenanjung Sinai sejauh 430 km. Dalam perjalanan, melawat Terusan Suez / Bekas Kubu Pertahanan Tentera Israel ketika menentang Mesir pada tahun1973 / 12 Telaga Pengikut Nabi Musa / Hamam (Tempat mandi) Firaun. Tiba di St. Katherine daftar masuk hotel, makan malam dan rehat.

Pada tengah malam bertolak ke kaki gunung Musa untuk mendaki ke puncaknya setinggi 2225 m. Pendakian mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Di puncak Gunung Musa, peserta dapat melihat Tempat Nabi Musa bermunajat kepada Allah dan melihat panorama matahari terbit. Kemudian melawat Lembu Samiri / Maqam nabi Harun / Maqam nabi Salleh. Pada sebelah petang, bertolak balik ke Kaherah.

HARI 07 : CAIRO

Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa melawat : Masjid Amru Al-Ass (masjid pertama dibina di Benua Afrika) dan Masjid serta Maqam Imam Shafie / Masjid Sultan Hassan / Masjid Rifaee / Kubu pertahanan Sultan Salahuddin Al-Ayubbi / Istana Jawhara / Masjid Muhamad Ali Pasha / Medan Anwar Sadat / Panorama Perang 6 Oktober 1973.

Selesai lawatan, balik ke hotel untuk berehat dan makan malam.

HARI 08 : CAIRO / FAYYOUM

Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa ke Fayyoum sejauh 95 km. Di Fayyoum peserta akan dibawa ke Tasik Qarun / Kincir Air (sistem pengairan zaman dahulu) dan Bandar Fayyoum.

Petang balik ke Cairo.

 HARI 09: CAIRO/AMMAN/JERICHO/JERUSALEM

Selepas sarapan pagi dan selepas sarapan pagi bertolak ke Cairo Airport terus ke Amman. Setelah tiba di Amman peserta akan terus di bawa ke Jerusalem melalui Allenby, terus ke Jericho ziarah tempat yang dipercayai pernah menjadi persinggahan Nabi Musa as (kini merupakan sebuah masjid), sampai di Jerusalem – menziarahi makam sahabat Nabi saw di tanah perkuburan Bab Ar-Rahmah atau Bab Al-Asbadh; sahabat unggul & perawi hadis Shaddad bin Aus Al-Bukhari Al-Ansari ra, menyertai Bai’ah A-Aqaba’, lahir di Madinah dan meninggal di BaitulMaqdis 58 Hijrah di usia 75 thn. Rasulullah saw bersabda mengenai beliau maksudnya: ”Shaddad adalah dikalangan orang yang dikurniakan Allah  swt dengan ilmu dan kelembutan/Al-Hilm.” dan makam sahabat Ubadah bin As-Somit Al-Khazraji Al-Ansari ra, qadhi Islam yang pertama di BaitulMaqdis, meninggal di Ramlah pd thn 34 Hijrah di usia 72 thn, juga merupakan seorang perawi Hadis Rasulullah saw. Menziarahi Al-Haram Al-Sharif yang terdiri dari Dome of the Rock (Qubbah Al-Sakhra’- (batu tergantung yang mahsyur kisahnya dalam peristiwa Mikraj Nabi saw), masjid Al-Aqsa),  melawat ”The Wailing Wall” (tempat ibadat orang Yahudi- saksikan sendiri bagaimana mereka beribadat di sini), hotel, makan malam dan rehat. (JERICHO – terletak berhampiran Sungai Jordan di Tebing Barat Palestin, kedudukannya di bawah paras laut 16 km ke utara Laut Mati, ia merupakan lokasi terendah di dunia yang berkekalan dihuni manusia]

HARI 10: JERUSALEM/HEBRON/BETHLEHEM/JERUSALEM 

Selepas sarapan pagi bertolak ke Hebron bagi menziarahi masjid Khalilulrahman Nabi Ibrahim as dan makam beliau, makam Nabi Ishak dan isterinya Rifqah, ke Bethlehem tempat yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Nabi Isa as (terletak dalam Gereja Nativity), menziarahi Old City of Jerusalem (Muslim Quarter) sekali lagi anda berpeluang menziarahi Al-Haram Al-Sharif  untuk bersolat di  Masjid Al-Aqsa, Dome of the Rock, (kisah batu yang tergantung kerana cuba mengikuti Rasulullah saw dalam peristiwa Israk & Mikraj, Masjid Al-Buraq. Dom Nabi Musa, Dom Nabi Khidir, Dom Mikraj, Dom Nabi Sulaiman, Dom Nabi Yusof dan lain-lain tempat suci di sekitarnya. Menziarahi Masjid Umar,  hotel, makan malam dan rehat.

 HARI11 : Jerusalem  – Jaffa – Tel Aviv – Jerusalem  (Subject to Change)

Selepas sarapan pagi – bertolak ke Jaffa dan Tel Aviv , melawat Hassan Bek Mosque , Al Mahmodi Mosque , Al Sayadeen Mosque , the old port , Sultan Abdul Hamid , dan Turkish Wali Museum , kemudia melawat Abu Ghosh dan terus kembali Jerusalem  makan malam di hotel.

 HARI 12 : JERUSALEM / PETRA

Berkumpul di lobi hotel selepas sarapan pagi peserta akan di bawa ke Bukit Zaiton melawat maqam Rabiatul Adawiyah dan Salman Al Farisi dan meneruskan perjalanan ke Petra melalui laut Mati dan terus melawatan di kota Petra berusia ribuan tahun, tinggalan Arab Nabatean, lawatan melalui gaung (the Sig), sehingga ke Al-Khazanah (Treasury) di mana episod terakhir filem India Jones- The Final Crusaders dirakamkan, The Jinn Block, The Amphitheatre, Colonnaded Street hotel & makan malam.  rehat.

HARI 13: Petra  – Amman Airport – Cairo –Kuala Lumpur

Selepas sarapan pagi ke Selepas sarapan pagi,. Bertolak ke Karak bagi melawat Karak Castle atau Salahuddin Al-Ayubi Castle dan ke Mu’tah bagi menziarahi medan pertempuran peperangan Mu’tah (peperangan terpenting dalam zaman Nabi Muhammad saw, dalam tahun 692 Masehi, antara para sahabat r.anhum dan tentera Bizantine (Rom Timur) & Ghassanid, menziarahi masjid Jaafar bin Abi Talib dan makam para sahabat yang gugur dalam peperangan Mu’tah: Zaid bin Harithah ra, Abdullah bin Rawahah ra dan Jaafar bin Abi Talib ra. Kembali ke Amman,  lawatan di Amman termasuk ke masjid Al-Hussaini dan gua Ashabul Kahfi sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk ke KLIA.

HARI 14 : Kuala Lumpur (KLIA)

 All in Pakage : RM 8290.00 Per Person (This price is based on 15-20 PERSONS PRI-VATE TOUR)

 HARGA TERMASUK:

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi dengan Egypt Air & cukai lapang terbang
  • Bas berhawa dingin dan 12 malam penginapan di hotel dengan sarapan pagi.                                                                                                
  • Makan tengahari dan malam seperti dalam aturcara
  • Bayaran masuk tempat lawatan di Jordan & bayaran menunggang kuda di Petra
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris & Grup Visa Jordan/Jerusalem (Israil)
  • Cukai lapangan terbang di sempadan Jordan & Israil
  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas kenderaan.
  • Mineral water sewaktu makan & dalam bas.

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • Perbelanjaan persendirian & tip pengangkut barang
  • Soft drink /air panas/sejuk yang dipesan sewaktu makan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s